SEJARAH KOPERASI GURU-GURU SEKOLAH INDIA PERAK BERHAD
Penubuhan
Pada tanggal 11.4.1964 koperasi ini telah ditubuhkan di SRJKT Gandhi Memorial Kuala Kangsar, Perak atas nama Syarikat Jimat Cermat Pinjaman Berkerjasama Guru-guru Sekolah India Perang Tanggong Berhad, Kuala Kangsar. Pada ketik itu 97 guru sahaja yang menjadi ahli dalam koperasi ini Penubuhan koperasi ini adalah hasil usaha dan titik peluh seorang bekas Guru Besar SRJKT Gandhi Memorial Kuala Kangsar, mendiang Yang Berusaha Encik P. Ayyakkanoo.PJK. Beliau adalah pengasas dan Pengerusi Pertama koperasi ini.
Mulai 01.09.1964 yuran telah pun dikutip daripada ahli melalui 'pay shit'. Mulai 01.10.1967, koperasai ini telah mula memberi pinjaman sebanyak maksimum RM300.00 kepada ahli.
Penukaran Nama Organisasi
Pada tanggal 28.10.1977, koperasi ini bertukar nama sebagai Koperasi Guru-guru Sekolah India Perak Berhad dan nama ini kekal sehingga hari ini.
Pemilikan Bangunan Operasi
Pada tahun 1979 koperasi telah membeli sebuah bangunan 2 tingkat di alamat 10F Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh. Bangunan tersebut telah dirasmikan pada 04.11.1979 oleh Dari Sri S.Samy Vellu, Menteri Kerja Raya Malaysia semasa itu. Tingkat atas bangunan tersebut diguna sebagai pejabat operasi Koperasi Guru-Guru Sekolah India Perak Berhad, manakala tingkat bawah pula disewakan kepada seorang pengusaha Restoran dengan kadar sewa RM1000.00 sebulan.
Jumlah Ahli
Mengikut maklumat jumlah yang ahli sehingga 31.11.2013 adalah seramai 1159 orang.
Modal Semasa
Jumlah modal semasa koperasi ialah lebih kurang RM9juta.
Aktiviti Koperasi
Berlandaskan kepada matlamat utama koperasi dimulakan, kegiatan utama yang dijalankan dalam koperasi ini memberi pelbagai pinjaman kepada ahli aktif; disampingkan menjalankan pelaburan dan menguruskan hartanah.
Pelbagai Pinjaman
Antara jenis-jenis pinjaman yang disediakan kepada ahli-ahli adalah seperti berikut;
- Pinjaman Berjamin
- Pinjaman Konsumer/Pelancongan
- Pinjaman Kredit
- Pinjaman Pelajaran
- Pinjaman Kecemasan
- Pinjaman Istimewa (Promosi)
Semua Pinjaman di atas akan dikenakan kadar faedah dan tempoh bayaran balik diberi 72bulan(6tahun) hingga 120 bulan(10tahun).
Kemudahan-kemudahan lain
Pihak koperasi juga membantu ahli-ahli untuk membaharui cukai jalan, beli insuran kenderaan, insuran kesihatan, penukaran tayar, membaiki kenderaan, pelancongan, pembelian barangan ICT, elektrik dan perabot melalui pinjaman konsumer.
Kemudahan Pinjaman Ahli Baru
Ahli-ahli layak memohon segala pinjaman setelah menjelaskan yuran 6 bulan.
No comments:
Post a Comment